DAMRSTADT – JERMAN. Seorang lelaki mengaku mencekik anak perempuannya sehingga maut selepas ditangkap mencuri kondom yang mahu digunakan bersama teman lelakinya.‎

Menurut laporan NYPost, Asadullah Khan, 51 memberitahu mahkamah 25 September lepas bahawa anak perempuannya Lareeb, 19 telah memalukan keluarganya.

Isteri Asadullah, Shazia Khan, 41 juga dibicarakan atas tuduhan tidak membantu menghentikan tindakan suaminya tersebut.

Pasangan tersebut yang berasal dari Pakistan kemudian membuang mayat Lareeb di sebuah gaung.

Artikel Berkaitan: Rogol, cabul adik kandung

Sebelum itu, Asadullah cuba untuk menghentikan hubungan Lareeb dengan teman lelakinya, Raheel.

Raheel memberitahu beliau dan Lareeb sedia untuk berkahwin tetapi dihalang oleh Asadullah.

Asadullah juga didakwa cuba mencekik Lareeb sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian