Monday, 20/11/2017 | 9:19 UTC+8

Suspek rogol anak kecil diberkas

Penduduk tempatan memarahi anggota polis semasa protes berhampiran rumah keluarga mangsa rogol di New Delhi.

NEW DELHI – INDIA. Dua remaja ditahan semalam kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun di kawasan Nihal Vihar, barat Delhi.

Menurut polis, kedua-dua suspek berusia 17 tahun dan tinggal di kawasan kejiranan yang sama itu, dikenali keluarga mangsa.

“Pada malam Jumaat lalu, mereka mengambil kesempatan menculik mangsa semasa bekalan elektrik di kawasan itu terputus lapor  Indian Express.

“Penahanan ini dibuat selepas kami menyoal siasat kira-kira 250 penduduk tempatan dan melancarkan gerakan memburu suspek di segenap barat Delhi,” kata ketua polis Delhi, Dependra Pathak.

Sementara itu, dalam kes berasingan di New Delhi, polis masih melancarkan gerakan memburu suspek rogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Polis percaya, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki.

Artikel Berkaitan: Rogol, cabul adik kandung

Sumber: Sinar Harian

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *

F