Sunday, 24/9/2017 | 10:18 UTC+8

Pemandu Uber rogol pelanggan didakwa

UBER

Rogol

NEW DELHI – INDIA. Seorang pemandu teksi Uber didakwa hari ini atas empat tuduhan termasuk rogol dan membahayakan nyawa seorang wanita dalam sebuah kejadian Disember lepas.

“Serangan seksual adalah jenayah menjijikkan dan kami lega suspek akan dihukum,” kata Presiden Uber India, Amit Jain.

Suspek, Shiv Kumar Yadav didapati bersalah terhadap tuduhan tersebut.

UBER

Yadav bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan akan dijatuhkan hukuman dalam pendengaran kes 23 Oktober nanti.

Menurut CNN, insiden rogol Disember lepas menyaksikan orang ramai membuat bantahan besar-besaran dan perkhidmatan Uber diharamkan.

Selepas enam minggu, Uber dibenarkan beroperasi dengan lesen yang sama seperti perkhidmatan teksi tradisional.

Kejadian tersebut menyebabkan Uber menyediakan sistem keselamatan iaitu butang panik dan siasatan latar belakang pemandu yang lebih teliti. Artikel Berkaitan: Suspek rogol anak kecil diberkas

“Uber sentiasa boleh melakukan yang terbaik dan sebab itu kami sentiasa mencari jalan untuk menjamin keselamatan pelanggan semasa dan selepas perkhidmatan,” jelas Jain.

Sumber: Sinar Harian

About

POST YOUR COMMENTS

Your email address will not be published. Required fields are marked *

F